3 Julai 2019

Surat



Surat

Surat  yang diutus oleh maharaja Ryukyu kepada maharaja Ming kini berpindah tangan kepada Laksamana Hang Tuah.

Lama Hang Tuah  merenung surat tersebut. Sesekali terdengar juga dengusan panas dari dada Laksamana. Apa tidaknya Melayu tidak pernah berbuat onar tanpa sebab, malah perpatah "di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung" adalah kalimat keramat yang membawa erti perdamaian dan keamanan.

Serangan ke atas kapal Melayu yang bergerak ke Ryukyu tanpa sebab  yang jelas, benar-benar mencabar Kerajaan Melaka.

Namun titah Baginda Sultan ke Negeri Lingkaran Naga ini tetap perlu diutamakan.

---------------------------

Sejak dari tadi maharaja Ming memerhati gelagat Hang Tuah tanpa disedari laksamana sendiri.

"Wahai Laksamana Melaka jangan dilupa kau sudah beta anggap sebahagian leluhur tanah ini. Rajamu sudah ku anggap sebagai saudara ku jua.

Jika kau mahu beta akan sediakan angkatan perang laut beta, untuk membalas serangan lanun yang bagaikan rumpai laut itu. Ha! ha!ha! Apakah mereka lupa dengan siapa mereka berhadapan sekarang ini?" Titah maharaja Ming kepada Laksamana Hang Tuah.

"Perdana menteri sediakan tujuh buah kapal angkatan perang yang terbaik kita, Kau! Laksamana Melayu, beta arahkan menjadi Laksamana  armada  perang ini" titah maharaja Ming.

Pantas Hang Tuah melutut mengangkat sembah " Menjunjung perintah tuanku"

Di sebalik tiang seri istana maharaja kelihatan wajah yang mencuka, hatinya tidak bersetuju dengan titah maharaja, mengapa maharaja menitahkan Laksamana Melayu itu mengetuai armada perang ini. Belum pernah dalam lipatan sejarah China maharaja memberi kepercayaan bangsa lain mengetuai angkatan perang yang terkuat ini.

"Apakah maharaja sudah gila?" Getus hati Cheng Mo selaku Laksamana angkatan perang China.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pakaian Tradisional

Sumber Google Baju Melayu Ternyata hari ini baju Melayu yg diubahsuai tidak lagi mencerminkan pemakainya. Malah identiti bangsa itu...