3 Julai 2019

7 Tip Untuk Pembaca Yang Sibuk





1. Pinjamlah lebih banyak buku.

Seandainya anda mempunyai keahlian di mana-mana pusat sumber, gunalah kesempatan ini untuk meminjam buku dan yang terbaik ialah memijam lebih banyak buku daripada apa yang ada mampu baca. Ini kerana dengan meletakkan buku-buku tersebut di suatu tempat yang ada boleh lihat ianya akan mendesak anda untuk membacanya kerana buku pinjaman mempunyai tarikh akhir untuk anda memulangkannya kembali.

Jika anda seorang pembaca digital, anda boleh memuat turun e-buku kesukaan anda. Tambahan pula kini e-buku boleh di dapati secara percuma ataupun anda  membelinya, untuk mengujakan lagi kini anda boleh menggunakan apikasi rak buku maya untuk menyusun e-buku anda  seperti Aldiko, UB reader atau Google Play Book. Setiap kali anda membuka rak buku maya ini melalui Telefon pintar  mahupun Tablet, anda boleh lihat rak ini akan menyusun ribuan e-buku anda. Malah ianya bukan sekadar rak buku maya tetapi lebih dari itu mungkin anda perlu mencubanya.

2. Baca lebih daripada satu buku pada satu masa

Sesetengah orang lebih suka untuk membaca sebuah buku pada satu masa, namun tiada salahnya jika anda berbuat sebaliknya.  Ya, anda boleh membaca lebih dari satu buku pada satu-satu masa malah ini memberi banyak faedah kepada anda.
Ini kerana kadangkala sesetengah buku sesuai dibaca pada waktu tertentu sahaja. Contohnya mungkin buku Novel atau buku fiksyen lebih sesuai di baca pada waktu malam terutamanya ketika mahu masuk tidur ataupun mungkin juga buku-buku bibliografi ulama boleh di baca ketika itu, ianya lebih santai. Bagi bacaan berat anda boleh berikan masa khusus untuk diri anda membacanya.

3. Tentukan matlamat setiap sesi membaca.

Jika anda belum mempunyai tabiat membaca yang tegar anda boleh menggunakan tip ini.
Sasarkan satu matlamat khusus.  contohnya anda cabar diri anda sendiri untuk membaca 30 muka surat sebelum anda berhenti dan meletakkannya kembali ke atas rak buku, atau anda sasarkan anda mesti membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau 1 jam setiap hari. Wah! Mudahkan.
Hasil daripada tindakan ini ianya akan menjadi tabiat diri anda dan anda akan mula menjadi pembaca tegar.

4. Bacalah apa yang anda minati.

Bacalah apa yang menjadi kesukaan anda namun pastikan bacaan itu memberi manfaat kepada diri anda. Dengan melakukan perkara yang anda suka anda tidak akan merasa tekanan yang berat. Jangan hirau apa yang rakan anda katakan walaupun seluruh dunia mengatakan Buku "A" bagus namun jika anda tidak berminat dan tidak suka akan genre itu maka beralihlah ke buku yang menjadi kegembiraan anda.


5. Amalkan Pembacaan pantas (speed reading)

Ya jika anda mahu membaca lebih banyak buku, amalkan pembacaan pantas.  Teknik ini boleh di pelajari namun harus juga di ingat bukan semua buku anda boleh membuat Speed reading.

6 Pembacaan Digital merentasi semua peranti.

Jika anda suka membaca secara digital, pastikan anda mempunyai app pembaca pada semua peranti mudah alih anda. supaya anda boleh membaca bila-bila masa anda suka sama ada menggunakan Telefon pintar anda mahupun Tablet. Pembacaan secara digital juga sangat mudah anda boleh mengamalkannya ketika anda sedang beratur menunggu giliran dibank atau sedang menunggu untuk bertemu doktor.

[7] Berhenti membaca artikel berita rawak

Jika anda ingin lebih banyak masa untuk membaca buku, anda perlu mengurangkan masa dari aktiviti-aktiviti dimedia sosial. Salah satu kaedah yang boleh anda ikuti adalah dengan mengurangkan bilangan artikel rawak yang dikongsi pada platform media sosial yang anda baca seperti di Facebook atau Twitter dan menggantikan masa tersebut dengan membaca buku-buku yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pakaian Tradisional

Sumber Google Baju Melayu Ternyata hari ini baju Melayu yg diubahsuai tidak lagi mencerminkan pemakainya. Malah identiti bangsa itu...