17 Ogos 2019

Pakaian Tradisional

Sumber Google


Baju Melayu
Ternyata hari ini baju Melayu yg diubahsuai tidak lagi mencerminkan pemakainya. Malah identiti bangsa itu sendiri bagaikan tercalar.

Bukanlah kita tidak boleh mendepani zaman namun gaya asli dan tradisional yg penuh dengan falsafah musnah dengan arus fesyen dengan pekikan kemodenan. Kemodenan? Kemodenan apa jika ianya kelihatan menjengkelkan. Nilai yang ada musnah.

Jika kita menelusuri zaman, mengetahui Melayu penuh dengan adab dan falsafahnya kita akan bangga dengan setiap apa yang ada.

Sekadar mahu menyentuh secara atas permukaan sahaja.

Baju Melayu

Kebiasaannya mempunyai 5 butang adalah simbolik kepada Rukun Islam kalau ada satu butang sahaja itulah maksudnya Iman kepada Allah Tuhan yang Esa. Poket pula mempunyai 3 semuanya menunjukkan Islam, Iman dan Ihsan.

Kalau dilihat dalam busana Melayu (alam pendekar) lengan tangan dan kaki yang agak senteng bukanlah kerana orang Melayu tidak cukup kain tetapi mempunyai ciri² keselamatan ketika bertempur.

Sampin.

Bukan setakat nak beritahu kita masih teruna atau telah berkhawin jauh lagi ianya boleh di jadikan pengusung (stretcher), caranya cari dua batang kayu dan masukkan ke dalam kain sampin atau sarung dan boleh dijadiakan pengusung.

Malah sampin juga boleh dijadikan senjata yang cukup berbahaya pada pihak musuh.

Kain sampin atau pelikat ini juga digunakan oleh wanita-wanita Melayu pada waktu dahulu bukan sekadar menutup bahagian kepala mereka sebagai tudung tetapi lebih dari itu ianya boleh digunakan sebagai senjata dah kain untuk menggalas anak kecil ketika diperlukan dan sudah pasti ianya juga merupakan senjata yang boleh digunakan untuk melumpuhkan musuh.

Banyak lagi rahsia pakain tradisional orang Melayu. Cukuplah sekadar ini sebagai pengenalan harapannya biarlah keasliannya terjaga dan tidak dicemari atas laungan kreativiti dan kemodenan.

_----------------------
Kisah ini ditulis ketika menunggu si isteri membeli bahan membuat kek di Kedai Bake With Yen. Hahaha



Sumber: Google

3 Ogos 2019

Youtube


Saya bukanlah seorang yang gemar menonton YouTube namun sejak kebelakangan ini ada beberapa laman YouTube yang saya suka ikuti.


Antaranya ialah yang bergenre agama.
Saya cukup suka dengan diskusi atau debat agama antara ilmuwan Islam dengan ilmuan Islam yang lain. Walaupun tajuk perbahasannya agak berat.


Kadangkala diskusi atau debat tersebut mengambil masa sehingga dua jam tetapi mendengar hujah-hujah antara ilmuwan cukup memberi kepuasan di dalam jiwa.


Pun begitu kadangkala saya juga suka menonton movie yang menarik di YouTube malah ada ketika saya akan mencari jawapan iika ada sesuatu masalah yang saya hadapi terutamanya perkara-perkara teknikal contohnya Bagaimana hendak membaiki lampu?


Saya juga pernah belajar untuk membuat ebook di YouTube dan perkara² teknikal memgenainya.


Ianya amat membantu saya.
Akhir kalam inilah sedikit coretan Saya mengenai YouTube.



31 Julai 2019

Lari


Malam itu entah bagaimana aku telah berada di situ.  Di keliling oleh lima orang yang tidak aku kenali mereka merenung tajam menanti masa yang sesuai untuk membuat serangan. Itu yang aku dapat baca dari riak wajah mereka.  

Aku terus bersiap siaga berdiri tegak, mengatur nafas dan mula membaca gerak dan langkah itu petua yang aku pelajari dari Pak Guru. Tetapi kegusaran mula menyapa benak ku apabila  petua baca langkah yang telah aku kuasai seperti tidak berfungsi.

Ternyata yang mengelilingi aku ini bukan sebarangan orang, pergerakan mereka begitu pantas  silang menyilang antara satu sama lain sekejap di depan sekejap di belakang juga di kiri dan kanan mereka bergerak persis bayang bayang.

Aku mula cemas, firasat aku mula kuat merasakan ini bukan manusia. Aku mula berkuda-kuda dan mengatur langkah  tidak lagi berdiri tegak sepeti tadi, itu juga petua yang  Pak Guru turunkan jika musuh seperti cacing kepanasan, semakin lama semakin pantas aku bergerak mengatur langkah dan tapak sambil membaca peregrakkan lawan. Aku mula berjinjit-jinjit agar pergerakan boleh diatur dengan pantas. 

Namun musuh juga semakin pantas bergerak.  Dalam kelekaan yang tidak terjangka salah seorang dari mereka mula menerpa menyerang aku. Terkejut dengan serangan yang mendadak itu aku mengelak ke bahagian dalam membuat pukulan disendi bahu kanan dan kiri musuh terus menjunam ke bawah membuat lagi pukulan di sendi atas lutut kanan dan kiri lantas aku bangun membuat tendangan juring ke dada musuh. 

Musuh tadi terpelanting ke belakang, terguling sekali dua , tetapi apa yang berlaku menyebabkan aku betul-betul kaget musuh yang terlentang bangun berdiri tegak, sambil merenung tajam ke arah ku seperti tiada apa apa yang berlaku.

Perasan aku mula berkecamuk mustahil langsung tiada kesan dan tiada sakit.  Aku mula mengatur langkah kembali, tetapi kali ini aku telah mengubah keputusan aku akan melarikan diri dari medan perkelahian ini.  

Dalam kesempatan yang tidak dijangka aku dapat membolos diri dari kepungan musuh, Aku lantas berlari kencang untuk menyelamatkan diri tetapi baru sahaja tujuh depa dari kawasan pergelutan aku berhenti.  Memandang ke belakang rupa-rupanya aku bukan keseorangan dalam pertarungan tersebut. 

Ketika itu, baru aku sedar sejumlah sahabat handai aku dari gelanggang Tok Jenai  sedang berkecamuk dalam pergaduhan itu.  Aku serba salah. "Tidak mungkin aku meninggalkan mereka" itulah kata hati kecil ku. 

Lantas aku mengambil keputusan untuk kembali ke gelanggang pertarungan ketika itulah  aku terpandang sebatang simbat berwarna keemasan di hadapan mata lendir ku. Tanpa berfikir panjang aku lantas menyambar simbat tersebut dan berlari kencang ke kawasan pertarungan, sungguh! hati ku gelisah memikirkan nasib sahabat handai ku. 
“Kalau hendak mati biar mati sama-sama” itulah jeritan suara hatiku. 

Sebaik sahaja aku merempuh masuk kemedan pertarungan, aku telah di kepung kembali, tetapi kali ini aku nekad untuk mula menyerang terlebih dahulu. Pantas aku melompat tinggi dan melibas salah seorang daripada mereka, hanya sekali libas kali ini musuh jatuh tertiarap dan menjerit sambil mengelupur seperti ayam yang baru disembelih. Aku tiba-tiba hilang pertimbangan aku mula melompat dan memijak belakang musuh sambil simbat emas di tangan ku, ku pukul musuh berkali-kali sehingga tidak bergerak lagi.

Dalam deru nafas yang tidak teratur. Aku lihat musuh sudah tidak bergerak, yang lain mula teragak-agak untuk menyerang ku, ada yang terundur ke belakang dan ada yang telah mula mengatur langkah seribu meninggalkan aku.

Di saat itu tiba-tiba aku terpelanting kebelakang seperti di sedut oleh sesuatu. Begitu pantas dan laju. Semakin lama semakin kecil kawasan pertarungan dari mata ku...

Mata


Allah mencipta kepada manusia dengan dua butir biji mata. Kata cerdik pandai.

Sebiji mata melihat kebaikan orang lain.

Sebiji mata lagi melihat keburukan diri sendiri.

Mata, kesilapan menggunakan mata boleh mendatangkan dosa namun dengan mata juga boleh memadamkan api neraka itulah mata yang menangis kerana bertaubat di atas dosa².

Mata juga boleh memandang  dengan penuh hina

Mata juga boleh memandang dengan perasaan kasih sayang

Mata juga boleh menunjukkan kesombongan

Mata juga boleh mengatakan pembohongan

Mata juga boleh mengambarkan keikhlasan

Mata juga boleh mendatangkan kebaikan.

Oleh kerana itu pergunakanlah mata ke jalan sepatutnya.

Jiwa



Apabila jiwa dibawa ke medan pertempuran.

Apabila Lela Rentaka disediakan.
Apabila keris Terasik Rama
dimandikan.
Apabila Pedang Cura Si Manjakini di jadikan sempadan.

Apabila selempang Bismillah enam di sarungkan.
Apabila sumpah sudah dilafazkan
Tiada lagi jalan pulang.

Melainkkan membawa kemenangan atau Syahid di bawah langit Tuhan.

#kotalarangantuah
#jebatdracula

Sajak ini juga ada di dalam sebuah buku antologi  sajak bertajuk Meracik Purnama
Saya antara penulis di dalam buku tersebut.


26 Julai 2019

HADIAH



Gambar: sumber Google

Hadiah

Selepas puas bertari silat. Hang Tuah kembali berdiri. Mengawal kembali aturan pernafasannya.

Kain sampin yang mengikat pinggangnya ditanggalkan lalu dipegang dan direnung sesekali Hang Tuah meletakkan kain itu berdekatan indera baunya.

Bau harum yang ada pada kain itu tidak pernah berkurangan. Malam yang mencekam sunyi ini membawa deras ingatan Hang Tuah pada guru yang disayangi.

Puteri Oksoo dan Sawol yang tadi kelihatan cemas mula kembali tenang mereka duduk berdekatan sambil mata-masing-masing tidak lepas menatap kelakuan pelik Laksamana Melayu yang terbilang itu.

Puncak Gunung Ledang.
---------------------------------
" Anakanda Tuah dan Jebat. Malam ini merupakan malam-malam akhir kita bersama di sini. Sudah hampir kesemuanya segala keilmuan ku, aku ajarkan kepada kamu berdua.

Sudah begitu dekat masa untuk kita berpisah dan kamu berdua akan sama-sama berkhidmat pada Raja di bumi berdaulat ini"

Seketika Pendita Adi Putera membuka sebuah peti kayu yang cukup indah ukirannya. Sepasang kain yang begitu cantik dikeluarkan. 

"Tiada barang  yang benar-benar berharga yang ada padaku untuk aku hadiahkan buat kamu berdua, hanya ini sahaja yang ada"

Inilah sepasang kain Limar...........


23 Julai 2019

SAHABAT



Masa Apak darjah 2 sehinggalah usia Apak mencecah 17 tahun. Apak mempunyai 2 orang sahabat banyak masa kami habiskan bersama.

Berbasikal, panjat bukit menghabiskan masa bersembang dan berbagai perkara lagi yg kami lakukan.

Namun setelah kami tamat SPM pada tahun 1996 kami terpisah membawa haluan masing² Apak sendiri terlempar jauh ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Ada sahabat Apak yang ke UITM Shah Alam dan ke UTM

Jarak yang jauh dengan sendiri merenggangkan hubungan kami. Lama masa berlalu sehingga masing² bekerjaya kami seperti telah terputus hubungan.

Baru² ini Apak kembali menghubungi mereka namun perasaan bersahabat itu tidak sebagaimana ketika kami dibangku sekolah entah tidak tahu di mana salahnya.

Inilah sedikit kisah sahabat yang sempat Apak coretkan. 

Di bawah ini sengaja Apak petik dari Kitab Bidayatul Hidayah karangan al Imam Hujjatul Islam al Ghazali rhm tentang adab bersahabat.

Berkata Imam Ghazali di dalam kitabnya

 Apabila engkau mahu sahabat makan terlebih dahulu hendaklah engkau perhatikan dua perkara

1. Cara memilih sahabat
2. Cara menunaikan hak-hak persahabatan (adab adab- bersahabat)

Secara ringkasnya memilih sahabat 
1. Orang yang berakal
2. Orang yang baik akhlaknya
3. Orang yang soleh
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
5. Orang yang benar.



Pakaian Tradisional

Sumber Google Baju Melayu Ternyata hari ini baju Melayu yg diubahsuai tidak lagi mencerminkan pemakainya. Malah identiti bangsa itu...